KEGIATAN DAN JENIS AKTIVITI
Empat bidang kegiatan:
1.Menggambar
2.Membuat Corak dan Rekaan
3.Membentuk dan Membuat Binaan
4.Mengenal Kraf Tradisional
Menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
*Memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
*Corak dan rekaan boleh dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak tidak terancang
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan Celupan
5. Renjisan dan Percikan
Corak terancang:
1. Lukisan 7. Kolaj
2. Catan 8. Kaligrafi
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
MEMBENTUK DAN MEMBINA
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan membentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.
1. Arca Timbul
2. Assemblaj
3. Mobail
4. Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
9. Origami
MENGENAL KRAF TRADIASIONAL
Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan
(kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang diwarisi
turun- temurun.
1.Alat domestik 2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri
5. Batik 6. Tekat
7. Ukiran 8. Tenunan
9. Anyaman 10. Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home